KUALA LUMPUR, 9 Nov -- KONGSI KEGEMBIRAAN ... Penerima Anugerah Presiden Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Abdul Munir Pangat berkongsi kegembiraan bersama isterinya Zaharah Gulamdin (kiri) dan anaknya Fazhil Zin Fariz selepas menerima anugerah tersebut pada majlis penyampaian Diploma Eksekutif dan Sijil IPD-OUM 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.Penyampaian Anugerah telah disempurnakan oleh Presiden dan Naib Canselor OUM Prof Tan Sri Anuwar Ali. Graduan Pengurusan Perladangan dan AgriPerniagaan itu menerima sijil, plak kristal dan baucer RM500.Anugerah Presiden diberikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang secara keseluruhan serta rekod kehadiran yang baik.Seramai 843 graduan menerima diploma dan sijil masing-masing pada majlis tersebut.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA