PADANG BESAR, 4 Feb -- Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah), berkenan menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang diwakili Rektornya, Dr. Mirzan Mohammad Aslam (dua, kanan) dengan Yayasan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang diwakili Pengerusinya Murtadho Bahari (dua, kanan), pada Majlis Penutupan Minggu Mesra Siswa KUIPs di sini, hari ini.Turut hadir, Presiden ANGKASA Datuk Abdul Fatah Abdullah (tiga, kiri).Yayasan ANGKASA akan terus menawarkan biasiswa kokurikulum pendidikan kepada tiga orang pelajar terpilih bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda KUIPs, setiap tahun bermula pengambilan sesi kali ini. --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA