PADANG BESAR, 4 Feb -- Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah), berkenan bergambar kenangan bersama pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Tasoh, pada Majlis Penutupan Minggu Mesra Siswa KUIPs di sini, hari ini.Pada majlis tersebut, turut diadakan Memorandum Persefahanan (MoU) di antara Yayasan ANGKASA dengan KUIPs bagi menyediakan biasiswa kokurikulum pendidikan kepada tiga pelajar terpilih mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda KUIPs, setiap tahun bermula pengambilan sesi kali ini.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA