KUALA LUMPUR, 4 Dis -- TERBAIK ... Pegawai Kadet Siswa Terbaik Keseluruhan, Area Putra Ismail bersama Piala Seri Perkasa dan pedang yang diterimanya daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada majlis Perbarisan Pertauliahan DiRaja dan Penganugerahan Watikah Tauliah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Kem Sungai Besi di sini, hari ini.Seramai 254 pegawai kadet yang telah menamatkan pengajian selama empat hingga lima tahun dalam pelbagai bidang telah ditauliahkan pada majlis itu.. Pentauliahan bakal melayakkan mereka untuk berkhidmat dengan ketiga-tiga cabang perkhidmatan tentera Darat, Laut dan Udara dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Kapten atau setaraf.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA