KUANTAN, 7 Feb -- Seorang peniaga buah-buahan, Toi Mueng Kan, 40, sibuk menyusun buah limau bali semasa tinjauan di gerainya di sini, hari ini. Meskipun harganya boleh mencecah sehingga RM30 sebiji namun buah yang turut dikenali sebagai limau tambun itu tetap mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat Tionghua. Menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada 19 dan 20 Februari ini, masyarakat Cina menganggap buah ini sebagai simbol murah rezeki. --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA