GEORGE TOWN, 11 Feb -- Seorang pekerja RapidPenang mengedarkan beg yang mengandungi kuih kapit dan biskut kepada penumpang semasa menaiki bus RapidPenang di sini hari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina.RapidPenang menganjurkan satu program khas dalam menyebarkan kegembiraan perayaan dengan penumpang di Terminal Bas Komtar dan juga di Terminal Bas Sentral Pulau Pinang selama seminggu bermula hari ini.Di bawah program ini, lebih 1,000 beg yang mengandungi kuih kapit dan biskut diedarkan oleh kakitangan Rapid Penang untuk penumpang dalam menyambut perayaan itu yang disambut pada 19 dan 20 Februari ini.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA