KOTA KINABALU, 23 Dis -- Jinnifer Missi, Penolong Pengurus Borneo Divers and Sea Sports (Sabah) Sdn Bhd menunjukkkan cara-cara menggunakan 'Sea Doo Divers Propulsion Vehicle' (DPV) kepada pelawat-pelawat yang berkunjung ke Pulau Mamutik di sini, baru-baru ini.DPV adalah sejenis alat yang dapat membantu pergerakan dipermukaan dan dasar laut. Dengan menggunakannya ketika melakukan aktiviti snorkeling atau pun menyelam skuba seseorang boleh bergerak lebih pantas dalam air tanpa menggunakan tenaga yang banyak.Harga bagi setiap unit ialah dari RM900, bergantung kepada kuasa dan kelajuannya.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA