KUALA LUMPUR, 27 Nov -- Suri rumah, Yim Pek Ha yang didakwa atas tiga tuduhan mencederakan pembantu rumahnya dari Indonesia, Nirmala Bonat empat tahun lepas, ditemani suaminya Hii Ik Tiing, 42, (kiri) hadir di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini untuk mendengar keputusan terhadap tuduhan itu.Mahkamah Sesyen kemudiannya memutuskan Yim, 40, didapati bersalah atas ketiga-tiga tuduhan iaitu menyebabkan kecederaan parah terhadap Nirmala dengan menggunakan seterika dan air panas di rumahnya di Villa Putera, Jalan Sultan Ismail pada Januari, Mac dan April 2004.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA