SEPANG, 12 Feb -- Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar bergambar bersama lukisan Harimau Bintang tiga dimensi (3D) selepas melancarkan "Harimau Bintang" yang menjadi wajah baru pada tema corak luaran koc KLIA Ekspres dan KLIA Transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) di sini hari ini.Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) Noormah Mohd Noor (empat dari kanan).Harimau bintang itu menjadi simbol kelajuan pengangkutan awam di darat. Pembaharuan reka bentuk itu adalah bagi menggantikan tema batik flora dan fauna yang digunakan pada luaran koc kedua-dua pengangkutan awam berkenaan sejak 2012. -- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA