PELABUHAN KLANG , 3 Dis -- Duta Korea Selatan ke Malaysia, Yang Bong Ryull (dua, kiri) tertarik melihat replika kapal perang ketika melawat pameran di atas kapal bantuan logistik Chun Ji ketika kapal itu berlabuh di Pelabuhan Barat di sini, hari ini.Pameran tersebut mempamerkan teknologi pembinaan kapal serta teknologi industri pertahanan.Kapal Chun Ji yang akan berada di sini selama tiga hari turut disertai oleh sebuah kapal pemusnah Dae Jo Yeong yang akan mengadakan latihan bersama Tentera laut DiRaja Malaysia (TLDM) Jumaat ini sebelum berlepas ke Jakarta, Indonesia.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA