KOTA KINABALU, 24 Dis -- Shamsul Bahrin Zainuzzaman, 22, Jurufoto Gaya Travel Magazine berpeluang mencuba "Sea Doo Divers Propulsion Vehicle" (DPV ) di Pulau Mamutik di sini, baru-baru ini.Menurut Shamsul pengalaman menggunakannya ketika aktiviti snorkeling amat menyeronokkan walaupun pada awalnya dia berasa ragu-ragu sama ada mampukah alat tersebut mengapungkannya di permukaan laut walaupun tanpa menggunakan jaket keselamatan.DPV adalah sejenis alat yang dapat membantu pergerakan dipermukaan dan dasar laut. Dengan menggunakannya ketika melakukan aktiviti snorkeling atau pun menyelam skuba seseorang boleh bergerak lebih pantas dalam air tanpa menggunakan tenaga yang banyak.Harga bagi setiap unit ialah dari RM900, bergantung kepada kuasa dan kelajuannya.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA