KUALA LUMPUR, 23 Nov -- Johan kategori Peragaan Pakaian Fesyen Batik, Rosman Abdul Ghani (tengah) bersama rakan sekumpulanya Fazlee Abd Rahim (empat kanan) menunjukkan replika cek yang dimenangi selepas dinobatkan sebagai johan sempena pertandingan batik Piala Seri Endon 2008 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam ini.Dengan tema "Dancing Guppy" johan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi.Turut kelihatan, johan kategori Hiasan Dalaman (dari kiri) Roslan Hussain dan Mohamad Yusoff Ibrahim serta johan kategori Kraftangan (dari kanan) Syahir Mohd Halid, Liew Yong Kian dan Fadzli Irwan Bahrudin.Semua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA