KUALA LUMPUR, 23 Nov -- Model menggayakan pakaian batik rekaan pereka fesyen tempatan sempena pertandingan Batik Piala Seri Endon 2008 yang diadakan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam ini.Pertandingan yang diilhamkan oleh Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood itu diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat muda tempatan dalam arena seni fesyen.Pertandingan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu rekaan fesyen, kraftangan dan soft furnishing dan pemenang setiap kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 serta trofi setiap seorang.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA