RAUB, 25 Feb -- Tiga pengunjung menikmati kesejukan air jeram bagi mengurangkan bahang cuaca panas semasa tinjauan fotoBernama di Jeram Lata Papan di sini hari ini.Malaysia dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.Orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga seperti perbanyakkan minum air kosong berikutan keadaan cuaca kering. --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA