PUTRAJAYA, 27 Feb -- Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergambar kenangan bersama Pengetua Cemerlang Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Siti Rogayah Yahya (depan empat dari kiri) dan para pelajar dari Kumpulan Orkestra Sekolah Seri Puteri (SP Winds) pada majlis Makan Malam Amal Flourishes 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam ini.Kumpulan Orkestra SP Winds akan menyertai New York Wind Band Festival (NYWBF 2015) pada Mac ini di New York, Amerika Syarikat.Turut sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Madinah Mohamad (tiga kiri) dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dr Aseh Che Mat (dua kiri).--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA