TUMPAT, 24 Okt -- Orang ramai mengunjungi Wat Pothvihan, Kampung Jambu, dekat sini, yang menempatkan patung Buddha terpanjang di Asia Tenggara iaitu 40 meter.Patung yang sedang berbaring itu dianggap antara yang terbesar di dunia dan ia juga dikenali sebagai "The Sleeping Buddha". Patung Buddha itu merupakan satu tarikan pelancong untuk mengunjungi negeri Cik Wan Kembang.Ia juga menunjukkan kepelbagaian agama dianuti oleh kira-kira 27 penduduk di Malaysia, walaupun perlembagaan Malaysia menyatakan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.Kebebasan beragama yang telah wujud sejak sekian lama itu merupakan tonggak utama perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA