KANGAR, 8 Mac -- Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan bergambar kenangan bersama penerima anugerah selepas Majlis Apresiasi Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Keterampilan Jabatan dan Agensi Agama Islam Perlis tahun 2014 yang diadakan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang di sini malam tadi.Pada majlis tersebut, Tuanku Raja Muda berkenan menyampaikan anugerah kepada 14 penerima APC dan 22 penerima Anugerah Ketrampilan terdiri daripada warga kerja MAIPs, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah Perlis dan Pejabat Tuanku Raja Perlis.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA