SUNGAI PETANI, 9 Mac -- Pemenang tempat pertama peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTDL) 2015 Pelumba Astana Pro Team Andrea Guardini (tengah) bersama pemenang tempat kedua, Pelumba Orica Greenedge, Caleb Ewan (dua kiri) dan Pelumba Southeast, Jakub Mareczko selepas tamat peringkat kedua di sini hari ini.Pelumba Astana Pro Team, Andrea Guardini berjaya menamatkan peringkat kedua dari Alor Star ke Sungai Petani sejauh 185 KM dengan masa 4 jam 30 minit 36 saat.Sejumlah 132 pelumba dari 22 pasukan menyertai LTdL 2015 dianjurkan oleh Human Voyage Sdn Bhd dan disokong oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM). --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA