TUMPAT, 24 Okt -- TARIKAN PELANCONG ... Wat Machimmaram menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung di situ, di mana terdapat sebuah patung Buddha yang sedang duduk setinggi kira-kira 30 meter di Kampung Bunohan, dekat sini. Selain menjadi tarikan pelancong, ia juga menunjukkan kepelbagaian agama dianuti oleh kira-kira 27 penduduk di Malaysia, walaupun perlembagaan Malaysia menyatakan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.Kebebasan beragama yang telah wujud sejak sekian lama itu merupakan tonggak utama perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA