TANAH MERAH, 10 Mac -- Keadaan cuaca panas terik menjadi cabaran utama kepada pelumba yang bertanding dalam mencatur strategi terbaik merebut empat jersi yang ditawarkan iaitu jersi kuning (juara keseluruhan), jersi hijau (raja pecut), jersi merah (raja bukit) dan jersi putih selaku pelumba terbaik Asia.Khidmat Pasukan Bomba dan Penyelamat dalam Le Tour de Langkawi (LTDL) 2015 diperlukan untuk menyejukkan badan para pelumba dalam cuaca panas terik.Kelihatan pelumba Orica Greenedge, Pieter Weening menyejukkan badan selepas menamatkan perlumbaan peringkat ketiga LTDL 2015 yang bermula dari Gerik ke Tanah Merah sejauh 170 kilometer.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA