KUALA LUMPUR, 15 Mac -- MENAKJUBKAN... Jurugambar pelbagai negara merakamkan gambar bersejarah jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 berlatarbelakangkan keindahan mercu tanda negara, Menara Berkembar Petronas KLCC, ketika pelumba melakukan "Loop" mengelilingi Kuala Lumpur pada peringkat terakhir perlumbaan dari Kuala Kubu Bharu ke Kuala Lumpur hari ini. Pelumba Astana Pro Team, Andrea Guardini berjaya mengungguli peringkat terakhir dengan masa 2 jam 27 saat.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA