LANGKAWI, 17 Mac -- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed (kiri) menerima sumbangan daripada Wakil Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Republik Indonesia, Dr Oesman Sapta bagi membaiki rumah yang musnah akibat nahas pesawat Jupiter pada Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) di sini, hari ini.Dalam kejadian Sabtu lepas, dua pesawat milik pasukan aerobatik Jupiter dari Indonesia terhempas selepas bergeser sesama sendiri ketika menjalani latihan untuk LIMA '15.Serpihan daripada salah sebuah pesawat itu mengenai rumah penduduk di Kedawang, mengakibatkan rumah, kereta dan motosikal pemiliknya terbakar.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA