LANGKAWI, 18 Mac -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) berkenan mendengar taklimat dari Timbalan Panglima Angkatan Laut India, Laksamana Sunil Lanba (tengah) ketika berkenan meninjau kapal korvet India, INS Kamorta sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA '15) di Pangkalan Maritim Awana Porto Malai dekat sini, hari ini.Berangkat sama Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (kanan) dan putera bongsu baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.Tuanku Syed Faizuddin merupakan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral, berpangkalan di Kem Bukit Keteri, Arau.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA