KUANTAN, 18 Mac -- REZEKI MUSIM PANAS...Peniaga ais cendol, Yusof Abdul Rahman, 59 (berdiri, tiga kiri) bersama anaknya, Faisal Yusof,23 (berdiri, dua kiri) sibuk melayan pelanggan yang berkunjung ke gerainya untuk membeli ais cendol di sini, hari ini.Bagi Yusof, cuaca panas yang melanda negara kini bagaikan rahmat kerana rezeki jualan yang diperolehinya bertambah daripada kebiasaan. Sejak tempoh itu, beliau berjaya menjual sebanyak 200 pesanan berbanding 100 pada hari biasa, pelanggan boleh menikmati ais cendol dalam mangkuk dengan harga RM1.80 manakala RM2.00 untuk gelas plastik.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA