KUANTAN, 18 Mac -- HILANG DAHAGA...Ekoran cuaca panas, orang ramai tidak melepaskan peluang menikmati ais cendol di gerai Cendol Yusof, di sini, hari ini.Peniaga ais cendol, Yusof Abdul Rahman, 59, berkata cuaca panas yang melanda negara kini bagaikan rahmat kerana rezeki jualan yang diperolehinya bertambah daripada kebiasaan. Sejak tempoh itu, beliau berjaya menjual sebanyak 200 pesanan berbanding 100 pada hari biasa, pelanggan boleh menikmati ais cendol dalam mangkuk dengan harga RM1.80 manakala RM2.00 untuk gelas plastik. --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA