ALOR STAR, 24 Okt -- Walaupun keadaan banjir di Kedah semakin pulih, tinjauan fotoBERNAMA di Kampung Gunung Keriang di sini, hari ini mendapati seorang pemuda terpaksa menggunakan sampan untuk membawa anggota keluarganya bagi melakukan aktiviti harian selepas jalan-jalan yang menghubungkan kampung mereka ditenggelami air. Tindakan tersebut bagaimanapun boleh mengundang bahaya kerana mereka mengabaikan faktor keselamatan tanpa menggunakan jaket keselamatan.Jumlah penduduk yang masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di seluruh negeri ini berkurangan kepada 2,694 orang berbanding 2,842 semalam.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA