BENTONG, 20 Mac -- Pengurus Jualan Suria Hot Spring Resorts Bentong, Haris Fadzillah Hamat menunjukkan bilik deluxe yang terdapat di resort berkenaan.Suria Resorts Management Sdn Bhd meluaskan lagi penguasaan dalam bidang perhotelan dan resort dengan membuka cawangan terbarunya itu di Bentong, Pahang.Suria Hot Spring Resorts Bentong adalah resorts ke enam syarikat itu selepas Suria Cherating Beach Resort, Pahang; Merang Suria Resort & Camp Holiday, Terengganu; Suria City Hotel Johor Bahru, Johor; Suria Hill Country House dan The Royal Cambridge London.Cawangan terbaru itu dibina di atas tanah berkeluasan 1.41 hektar dengan tarikan utama dua kolam air panas semula jadi dengan suhu yang boleh mencecah hampir 55 darjah celcius.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA