LUMUT, 23 Mac -- Persekitaran pantai pelancongan Teluk Batik tercemar dengan sampah sarap yang bertaburan angkara sekumpulan kera liar yang menyelongkar tong sampah untuk mencari sisa makanan.Lebih merbahayakan lagi, kumpulan kera itu turut mencuri makanan dan minuman pengunjung yang mahu berkelah di situ.Teluk Batik terletak kira-kira 6.5 kilometer dari bandar Lumut itu merupakan destinasi pelancongan dan perkelahan popular yang turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi keselesaan pengunjung termasuk chalet, gerai makan, tandas, tempat persalinan, tempat letak kereta dan taman permainan kanak-kanak. -- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA