KANGAR, 25 Mac -- Sekumpulan penduduk Kampung Wang Belimbing, Bintong menyatukan kekuatan kudrat dan toleransi bagi mengusung rumah berkenaan.Amalan memindahkan rumah yang lebih dikenali sebagai "usung rumah" itu adalah simbol penyatuan masyarakat dalam budaya gotong-royong yang masih segar.Bagaimanapun kegiatan usung rumah kini jarang dilakukan akibat arus modenisasi yang melanda penduduk lebih selesa mendirikan rumah batu yang tidak boleh diusung.Aktiviti usung rumah hanya melibatkan rumah papan bertiang. -- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA