KUANTAN, 27 Mac -- Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri Pahang Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin (tiga, kanan) melihat biskut yang dihasilkan salah seorang usahawan semasa melawat gerai jualan serta pameran selepas merasmikan Program Promosi Produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Negeri Pahang di Dataran Teluk Chempedak hari ini.Program yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini anjuran Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Pahang dan Kerajaan negeri bagi membantu usahawan IKS Pahang mempromosikan dan memperkenalkan produk keluaran mereka terdiri produk makanan, minuman, kraftangan serta produk berasaskan herba.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA