KANGAR, 5 April -- Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man (tengah) cuba membina blok simen konkrit ketika melawat pameran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada Program Eksplorasi Kemahiran dan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Utara di Dewan 2020 dekat sini hari ini.Program dua hari yang bermula semalam disertai 37 syarikat yang menawarkan 3,156 kekosongan jawatan dalam pelbagai bidang dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara (NCIA) dan kerajaan Perlis.SL1M dilaksanakan dengan penyertaan 137 syarikat bertujuan membantu meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan selepas mereka tamat pengajian.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA