BUKIT MERTAJAM, 8 April -- Tinjauan fotoBERNAMA di Kampung Permatang Tengah, Permatang Pauh hari ini mendapati bendera Barisan Nasional (BN) dan Umno berkibaran sebagai persiapan menghadapi Plihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan hari mengundi bagi PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei depan, manakala penamaan calon bagi pada 25 April dan undi awal diadakan pada 3 Mei depan.Kerusi parlimen berkenaan dikosongkan selepas penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampuan beliau.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA