JITRA, 11 April -- Anggota polis mengeluarkan saman terhadap penunggang motosikal yang melakukan kesalahan dalam Ops Roda di KM 30.3 Lebuhraya Utara- Selatan, Plaza Tol Jitra hari ini.Operasi yang bermula kira-kira pukul 10 pagi dan berakhir pukul 2 petang itu mencatatkan sejumlah 257 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya 138 bagi kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA