KANGAR, 15 April -- Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) berkenan menerima Watikah Pengisytiharan Canselor daripada Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Prof Datuk Dr Hassan Said (tengah) pada Istiadat Pemasyhuran Canselor KUIPs di sini hari ini.Turut sama, Rektor KUIPs Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam (kiri).KUIPs yang ditubuhkan pada 17 Jun 2013 merupakan sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).Pengambilan pertama pelajar KUIPs telah diadakan pada 15 Mei 2014 berjumlah 61 orang yang terdiri daripada penuntut Program Asasi Muamalah dan pelajar Diploma Perbankan Islam.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA