BANDUNG, 22 April -- Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim membuat sidang media sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mesyuarat peringkat menteri bersempena sambutan ulang tahun ke-60 Persidangan Asia-Afrika (AACC) di Hilton di sini hari ini.Sidang Kemuncak Asia-Afrika bertemakan "Memperkukuhkan Kerjasama Selatan-Selatan untuk Menggalakkan Keamanan dan Kemakmuran Dunia".Persidangan Asia-Afrika menghimpunkan pemimpin dari Asia dan Afrika di Bandung, Indonesia membincangkan peranan yang dapat dimainkan negara membangun dalam ekonomi, keamanan dan keselamatan global pada masa depan semasa Perang Dingin.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA