ALOR STAR, 8 Jan -- Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah, Ahmar Badruddin Romli (dua, kiri) menyerahkan deklarasi kepada Rektor Insaniah, Prof Datuk Dr Jamil Osman (kanan) sebagai memprotes serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza di perkarangan Dewan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini, hari ini.Terdahulu, kira-kira 1,000 pelajar termasuk pelajar asing dan kakitangan Kolej Universiti Insaniah di sini, menganjurkan demonstrasi secara aman bagi menuntut Israel menghentikan tindakan zalim rejim zionis itu dan mendesak Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu mengenakan sekatan ekonomi ke atas Israel.Mereka akan mengadakan solat hajat dan solat jenazah ghaib dengan menghimpunkan seluruh mahasiswa Insaniah pada Sabtu ini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA