ROMPIN, 1 Mei -- Pemancing, Noraiman Sebun tertarik melihat replika seekor ikan layaran yang diperbuat daripada kerangka rotan dan dibaluti dengan bendera Barisan Nasional (BN) dan UMNO didirikan penyokong parti itu di Kampung Sabak bagi menarik perhatian pengundi sempena tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin semasa tinjauan fotoBernama hari ini.Rompin memang terkenal dengan ikan layaran dan disebabkan itu ia menjadi destinasi pilihan kaki pancing dari dalam dan luar negara.Rompin sememangnya terkenal dengan ikan layaran dan menjadi tumpuan bagi kaki pancing dari dalam dan luar negara.Pada 5 Mei ini, daerah ini bakal menjadi tumpuan orang ramai dengan adanya PRK Parlimen Rompin bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Rompin selepas penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis meninggal dunia akibat nahas helikopter pada 4 April lepas.Ia menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad.-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA