KUANTAN, 1 Mei -- Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mencipta sejarah baharu apabila dipilih antara tiga Anggota Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia untuk penggal 2015-2019, sempat bergambar dengan bekas bintang bola sepak dunia dari Portugal, Luis Figo, semasa Kongres Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) ke-26 yang berlangsung di Manama, Bahrain, semalam.Tengku Abdullah akan menjadi suara bola sepak negara Asia dan ASEAN untuk memajukan bola sepak di rantau ini.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA