ROMPIN, 3 Mei -- Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (tiga kanan) memberi galakan kepada beberapa pencari kerja yang sedang mendaftar untuk mengisi kekosongan jawatan dengan JobsMalaysia.gov.my selepas merasmikan Program Karnival Kerjaya dan Azam Jaya di Dewan Lama Majlis Daerah Rompin, di sini hari ini. Program sehari anjuran Jabatan Tenaga Kerja Pahang dengan kerjasama agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia itu bertujuan untuk membantu pencari kerja terutama di kalangan penduduk setempat mencari pekerjaan sesuai yang ditawar oleh syarikat swasta yang mengambil bahagian. --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA