ROMPIN, 5 Mei -- Warga emas yang menggunakan kerusi roda dibantu pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan penduduk kampung ketika mengundi pada Pilihanraya Kecil Parlimen (PRK) Rompin di Sekolah Keratong Lima hari ini. PRK Rompin menyaksikan pertandingan dua penjuru dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin akan ditentang oleh calon Pas Nazri Ahmad.PRK Rompin diadakan selepas penyandang Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter bersama lima yang lain di Semenyih kira-kira 4.45 petang 4 April lalu ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Pekan.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA