KUALA LUMPUR, 26 Jan -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk K.Devamany (tengah) diasak pelbagai soalan daripada wartawan mengenai kematian suspek curi kereta A.Kugan ketika hadir pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA di sini, hari ini.Beliau dan seorang lagi timbalan menteri Senator T.Murugiah sebelum ini dibidas sesetengah pihak kerana didakwa menyertai sekumpulan orang menyerbu dan menceroboh bilik mayat Hospital Serdang untuk memeriksa mayat A.Kugan yang mati semasa dalam tahanan polis.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA