KUALA LUMPUR, 7 Jan -- Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed (kanan) dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah DSP Sia Siew Keng (dua dari kiri) pada sidang media kes samun kereta mewah di Balai Polis Kampung Baru Subang, dekat sini, hari ini.Tiga orang, termasuk seorang bekas banduan berumur 32 tahun dan baru dibebaskan awal bulan lepas, telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket samun kereta mewah.Turut ditemui ialah dua buah TV LCD, satu unit komputer riba, sebilah parang dan sebatang penukul.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA