IPOH, 7 Mei -- Pekerja kilang Mohd Amiza Redzuin Dzulkafli, 28, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, daripada pertuduhan membunuh seorang lelaki, hampir lima tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.Pesuruhjaya Kehakiman Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie yang tertuduh didakwa membunuh R. Muniandy, 64, pada 22 Dis 2010 di dalam kedai runcit Syarikat Seri Devi, nombor 42, Tingkat Perpaduan 2, Taman Perpaduan, Ulu Kinta.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA