PADANG BESAR, 14 Mei -- Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Zainudin Abdullah (kanan) sedang memerhatikan kakitangan AADK melakukan ujian dadah pada air kencing dalam Ops Sapu yang diadakan di sini hari ini.Turut sama, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Perlis, Mohd Firdaus Aabu Bakar (kiri).Sebanyak 52 orang berumur antara 31 hingga 51 tahun yang melakukan pelbagai kesalahan berkaitan najis dadah diberkas oleh AADK dalam operasi dua hari di seluruh Perlis berakhir hari ini.-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA