KUANTAN, 15 Mei -- Pelajar-pelajar menunjukan sijil kecemerlangan yang diterima mereka pada Majlis Kecemerlangan Pelajar dan Tamat Latihan Peserta Program Kemahiran dan Keusahawanan Empower ECER Mahkota 2014 di Astaka Universiti Malaysia Pahang hari ini.Seramai 200 peserta latihan kemahiran dan 200 pelajar cemerlang peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2014, Pentaksiran Tingkatan 3 2014 dan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 diraikan pada majlis tersebut.Majlis diadakan bagi meningkatkan motivasi serta pengiktirafan kepada pelajar dan peserta terbabit agar terus maju serta berdaya saing.Empower ECER adalah inisiatif pembangunan modal insan yang dilancarkan ECERDC pada tahun 2010 bagi membantu mengurangkan jurang ekonomi dan akademik antara masyarakat bandar dan luar bandar.-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA