KUCHING, 19 Mei -- Taman Negara Kuching Wetland telah dijadikan taman negara pada 10 Okt 2002 dan dipilih sebagai Tapak Ramsar kelima daripada enam Tapak Ramsar yang terdapat di Malaysia pada tahun 2005. Taman ini menyediakan perkhidmatan bot membawa pelancong dari Kampung Telaga Air atau Pangkalan Santubong.Tarikan utama di sini, bukan sahaja keindahan hutan paya bakau dan buaya yang menjadi habitat utama menghuni di sini tetapi pelbagai lagi hidupan liar terlindung yang boleh didapati di kawasan berkeluasan 6,610 hektar itu. -- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA