KUALA LUMPUR, 20 Mei -- Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyaksikan simbolik kerjasama strategik antara Astro Arena yang diwakili Ketua Bahagian Sukan Astro Lee Choong Kay (kiri) dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar (kanan) semasa majlis rasmi di Kuala Lumpur Golf & Country Club hari ini.Kerjasama strategik ini menyediakan liputan media Sukan Sea Ke-28 untuk persatuan- persatuan sukan kebangsaan yang bernaung di bawah majlis itu untuk tempoh lima tahun bermula 2015 hingga 2020.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA