ALOR SETAR, 20 Mei -- Inspektor Penguatkuasa Trafic Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar Inspektor Othman Abdullah (kiri) bersama anggotanya menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang memiliki 24 waran tangkap dalam satu sekatan jalan raya sempena Ops Warta di Jalan Lencong Barat, Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini hari ini.Lelaki terbabit bersama seorang pemandu lelaki berusia 21 tahun bertindak melarikan diri ketika ditahan anggota bertugas kira-kira pukul 5.30 petang tadi.Lelaki terbabit memiliki 24 waran tangkap atas pelbagai saman yang tertunggak sejak 2009 seperti pengubahsuaian kenderaan, tiada cukai jalan kenderaan dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA