KUCHING, 20 Mei -- Seorang pemandu membetulkan lampu brek lorinya yang rosak selepas ditahan polis trafik dalam Ops Warta berhampiran Tarat Sentral di Jalan Kuching-Serian hari ini.Ops Warta yang dilancarkan semalam memasuki hari kedua bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai status waran tangkap yang belum diselesaikan dan jumlah 1.59 juta merupakan baki daripada 1.8 juta saman seperti diumum Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Ops Selamat 5 yang dilancarkan semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. -- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA