KANGAR, 24 May -- Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan melawat ke khemah pengakap kanak-kanak (Bee Scout) dari Tadika Perpaduan pada Majlis Pelancaran Bee Scout Negeri Perlis dekat sini, malam tadi.Turut sama, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (dua, kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan integrasi Nasional L. Gandesan (kanan).Bee Scout Negeri Perlis mengadakan program perkhemahan satu malam sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA